Alhamduillah pada bulan Feb 2011,cu dan suami mendapat surat daripada Tabung Haji. Surat tersebut mengatakan cu dan suami telah terpilih untuk menjadi Tetamu Allah pada tahun 1432 Hijrah. Di dalam surat tersebut mengandungi perkara-perkara berikut:
- maklumat peribadi
- samada menerima tawaran
- pilihan untuk ke Madinah atau Mekah
- pilihan penerbangan awal atau akhir
Setelah mengisikan semua perkara di atas,surat tawaran itu perlu di hantar ke pejabat Tabung Haji sebelum tarikh yang ditetapkan di dalam surat.
Cu gembira dan bersyukur kepada Allah kerana telah memilih cu dan suami untuk menjadi Tetamunya. Cu dan suami memilih untuk mengikut Muasasah. Ramai kawan cu mengatakan kalau ikut Muasasah, hotelnya jauh dari Masjidilharam. Sesungguhnya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanya dan kepadanya lah cu bedoa agar Allah mempermudahkan ibadat haji cu dan suami.
Selepas surat tawaran itu akan menyusuli pulak surat-surat yang lain iaitu:
- Jemputan menghadiri Kursus Asas Haji yang di adakan di Masjid yang berdekatan dengan rumah,
- Buku senarai pakej haji yang telah diluluskan oleh Tabung Haji bagi jemaah yang ingin mengikut pakej. Urusan pakej haji ini diuruskan oleh jemaah sendiri,
- Surat menyuruh mencukupi tambang haji di dalam buku simpanan bagi jemaah yang masih belum cukup sebelum tarikh yang ditetapkan,
- Surat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan,
- Jemputan menghadiri Kursus Intensif Haji selama 2 hari,
- Penyerahan passport Malaysia untuk urusan Visa Haji,
- Mendapat gelang haji secara poslaju,
- Jemputan ke Kursus Perdana Haji yang akan diadakan di Masjid Negeri,
- Surat tarikh penerbangan dan masa melaporkan diri di Komplek Tabung Haji.
No comments:
Post a Comment