Cu dan suami mendapat surat untuk mengambil buku rawatan di pejabat Tabung Haji di Kelana Jaya dan menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam berdekatan dengan Hotel De Palma Shah Alam pada bulan Mei 2011. Jadual pemeriksaan kami adalah pada sebelah petang iaitu pukul 2.00 petang. Klinik tersebut adalah merupakan klinik barulah juga.
Cu telah pergi ke Pejabat Tabung Haji Kelana Jaya untuk mengambil buku rekod rawatan yang diberi secara percuma. Sebelum ke klinik, cu mengisi data-data peribadi dan soalan-soalan kesihatan yang di tanya bagi memudahkan pemeriksaan dijalankan. Di dalam buku tersebut ada ruangan gambar yang perlu di lekatkan. Cu nasihatkan meletakkan gambar sebelum pergi ke klinik kerana ianya merupkan perkara wajib bagi pengesahan buku rawatan tu kita yang punya.
Semasa sampai di klinik, terdapat ramai pesakit -pesakit. Hati cu dah terdetik mesti kena tunggu lama untuk pemeriksaan tetapi sebenarnya tidak. Pemeriksaan kesihatan bagi Jemaah Haji diasingkan dari pesakit biasa
Bagi urusan pendaftaran, letakkan kad rekod rawatan di dalam bakul yang disediakan. Petugas-petugas Tabung Haji akan memgambil berat badan, ketinggian dan BMI cu sebelum pemeriksaan seterusnya yang akan dilaksanakan oleh jururawat dan doktor yang bertugas. No giliran akan di beri oleh petugas Tabung Haji.
Cu terasa takut dan terasa darah genuruh juag untuk buat pemeriksaan ini maklumlah cu kena lulus pemeriksaan ini untuk layak menjadi Tetamu Allah.
Terdapat 4 bilik untuk pemeriksaan. Bilik yang pertama jururawat akan menyemak soalan-soalan kesihatan dan mengambil tekanan darah cu. Cu nasihatkan agar Jemaah Haji berada di dalam keadaan tenang semasa ini. Tekanan darah cu naik tiba-tiba di sebabkan perasaan takut dan darah gemuruh. Alhamduillah selepas berzikir dan mohon Allah memberi ketenangan, bacaan tekanan darah seperti biasa. Syukur sangat-sangat.
Lepas itu, cu ke bilik pemeriksaan kedua di mana darah kena di ambil (darah di ambil dari hujung ibu jari tangan aje). Di sini pemeriksaan heomoglobin, kadar gula dan lain-lain di lakukan. Pemeriksaan ketiga adalah berjumpa dengan Pegawai Perubatan. Pegawai Perubatan akan menyemak semua ujian yang telah di lakukan dan bertanya tahap kesihatan cu. Jika tiada apa-apa masalah, Pegawai Kesihatan akan meluluskan pemeriksaan kesihatan cu di dalam buku rekod rawatan. Dengan kelulusan ini barulah jururawat akan memberi suntikan Maningitis (suntikan wajib oleh kerajaan Arab Saudi). Jururawat akan merekodkan data-data ini di dalam pengkalan data Tabung Haji untuk urusan Visa Haji.
Buku rekod rawatan akan di simpan oleh petugas Tabung Haji.
Nasihat cu, jika bakal Tetamu Allah mempunyai penyakit yang kronik, beritahulah kepada Pegawai Perubatan. Janganlah cuba menyembunyi penyakit yang ada. Tujuannya supaya apabila di Tanah Suci, Pegawai Perubatan yang bertugas dapat membantu dan bawalah juga ubat-ubatan yang telah disarankan oleh Doktor Pakar. Bawalah ubatan-ubatan secukupnya untuk 2 bulan.

No comments:
Post a Comment