Masa telah tiba untuk Cu dan suami masuk ke dalam Balai Berlepas Komplek Tabung Haji. Selepas bersalaman dengan anak-anak dan saudara-mara, kami pun beratur untuk masuk. Memang rasa sedih kerana hendak meninggalkan anak-anak. Anak-anak pun tidak pernah berpisah selama sebulan lebih dengan kami. Kalau pergi 'out-station' pun setakat 3/4 hari aje. Cu bertawakal kepada Allah untuk menjaga mereka. Itu yang ustaz pembimbing haji pesan.
Apabila masuk ke dalam Balai Berlepas, kami di arah untuk menunjukkan buku kesihatan kepada pegawai bertugas. Prosedur Balai berlepas ini sama aje macam di KLIA iaitu
Apabila masuk ke dalam Balai Berlepas, kami di arah untuk menunjukkan buku kesihatan kepada pegawai bertugas. Prosedur Balai berlepas ini sama aje macam di KLIA iaitu
- beg-beg di 'scan' oleh pegawai bertugas,
- beg besar diletakkan pada tempat yang dikhaskan. Beg-beg ini akan di hantar terus ke KLIA. Kami hanya bawa beg 5kg Tabung Haji dan beg sandang,
- pergi kat cek in kaunter sambil menunjukkan surat lapurdiri untuk mengambil passport dan 'boarding pas'
- kemudian beratur untuk pemeriksaan pegawai kastam,
- lepas itu naik ke dewan untuk mendengar taklimat haji.
Kami akan ke Madinah dulu baru ke Mekkah, dalam fikiran kami akan ke Lapangan Jeddah terlebih dahulu. Kemudian naik bas dari Jeddah ke Madinah 7/8 jam perjalanan. Tetapi di 'boarding pas', kami akan ke Madinah terus. Alhamduillah, tak sudah-sudah cu dan suami bersyukur sangat-sangat. Suami pun sms pada anak-anak katakan kami akan ke Madinah bukan Jeddah.
Semasa beratur untuk pemeriksaan kastam, baru terperasaan cu ada ubat gigi dalam beg 5kg. Ubat gigi dan apa-apa cecair yang melebih berapa ml (tak ingat berapa ml) kena letak di beg besar. Apa lagi cu pun keluarkan ubat gigi tersebut dan letakkan dalam kotak yang disediakan.
Ramai petugas-petugas Tabung Haji yang membantu jemaah. Ringankan mulut untuk bertanya jika kita ada kemusykilan.
Kami di suruh duduk di kerusi yang disediakan untuk mendengar taklimat. Terdapat kaunter Tabung Haji dan kaunter pertukaran wang asing. Oh lupa nak beritahu, cu dan suami telah membeli sim kad arab di kedai serbaguna di Kompleks Tabung Haji. Sim kad tersebut boleh juga di beli di Madinah atau Mekah.
Taklimat yang di beri adalah :
- Passport dan 'boarding pas' letak di poket depan beg sandang,
- buku kesihatan pun letak di poket depan,
- kena pakai gelang tangan,
- sentiasa pakai tag pengenalan.
Kalau ada sesiapa yang duduk sebelah kita belum pakai gelang tangan terutama sekali warga emas, bantulah mereka untuk memakainya. Warga emas ini memerlukan pertolongan kita. Insyallah kita pula akan ditolong oleh Allah di Tanah Suci .
No comments:
Post a Comment