Cu dan suami tidur agar lewat iaitu pukul 12.00 lebih kerana menyemak barang-barang di dalam beg masing-masing. Anak-anak tidak tidur sehingga 4.00 pagi. Merekalah yang mengerakkan cu dan suami. yang terlena, mungkin sebab keletihan dan risau.(Maklumlah pertama kali ke Tanah Suci).
Cu dan suami bersiap dan mandi sumat serta solat sunat musafir berjemaah. Selepas solat cu dan suami berdoa agar Allah menjaga anak-anak. Cu meminta maaf dengan suami. Sebelum keluar rumah, pastikan kad kesihatan dan surat lapurdiri di bawa bersama. Gelang tangan yang diberi oleh Tabung Haji telah siap dipakai di tangan.
Kakak cu dan anak saudara suami telah pun berada di rumah. Cu dan suami akan menaiki kereta kakak sementara anak-anak menaiki kereta Unser. Sebelum berangkat, anak cu yang bongsu berazan sambil menangis. Hati cu pun sebak,maklumlah nak tinggalkan anak-anak selama 45 hari,, tak tahu akan berjumpa mereka lagi atau tidak. Sesungguhnya ajal hanya Allah yang mengetahui..
Dalam perjalanan, abang ipar memberi nasihat mengenai keadaan di sana supaya banyak bersabar terutama sekali di Mina. Cu sampai di Komplek Tabung Haji pada pukul 5 lebih. Waktu Subuh pun akan masuk dalam berapa minit lagi, Cu pun bersiap sedia untuk solat subuh sebelum pendaftaran di kaunter Tabung Haji.
Selesai sahaja solat Subuh, cu dan suami pun mengambil beg sandang, tag nama, botol spray dan pelekat hotel di kaunter Tabung Haji.mengikut kaunter masing-masing iaitu kaunter muslimin dan kaunter muslimat.dengan menunjukkan surat lapor diri Tabung Haji. Selain dari tu, cu juga mendapat barangan sumbangan dari syarikat seperti vitamin, payung dan lain-lain. Terpulang kepada diri sendiri samada hendak bawa barang sumbangan itu sekali. Cu hanya bawa vitamin dan ' hand wash.' saja.
Tabung Haji akan memberi 3 pelekat Hotel dan di lekatkan:
Ramai saudara mara yang datang menghantar dan memberi duit. Jangan risau, di dalam dewan ada kaunter Tabung Haji. Cu nasihat masukkan kesemua duit dalam akaun, cuma simpam 300 riyal di dalam purse. Kalau boleh asingkan duit tersebut iaitu:

- beg sandang
- beg besar
- beg 5 kg
Di dalam beg sandang, letakkan buku kesihatan, passport dan boarding pas (akan diberi semasa cek in) dan surat lapur diri di bahagian poket depan. Botol spray di poket tepi beg sandang.
Ramai saudara mara yang datang menghantar dan memberi duit. Jangan risau, di dalam dewan ada kaunter Tabung Haji. Cu nasihat masukkan kesemua duit dalam akaun, cuma simpam 300 riyal di dalam purse. Kalau boleh asingkan duit tersebut iaitu:
- simpan di purse,
- di poket yang berzip
- dalam beg sandang
- dalam beg 5kg
- atau di tempat yang selamat
No comments:
Post a Comment