Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Wednesday, May 28, 2014

7 Jam Perjalanan



Kami bertolak dari KLIA pada pukul 12.30 tengahari. Terlupa pulak nak beritahu, cu buat salinan doa Prof Kamil di belakang muka Travelog Haji sebagai panduan doa perjalanan haji. Boleh aje ditambahkan dengan doa sendiri. Maklumlah kali pertama menjejak kaki ke Tanah Suci, masih rasa takut juga. Ramai kawan yang telah menunaikan haji memberi tunjuk-ajar. Cu berterima kasih kepada kawan pejabat cu, Harun bin Wahab yang banyak memberi tunjuk ajar tentang perjalanan ibadat haji dia pada tahun 1431 Hijrah.  

Seperti biasa bila naik pesawat, cu akan baca doa naik kenderaan dan membaca yassin. Sebelum berlepas doa musafir di baca di dalam pesawat. Perjalanan kami dari KLIA ke Madinah Munawarah mengambil masa 7 jam. Di depan tempat duduk ada skrin menunjukkan pesawat kini berada di negara mana. Malah cu boleh pilih rancangan cara-cara mengerjakan ibadat umrah dan haji. Sekurangnya boleh ulangkaji apa yang telah di pelajari ketika kursus haji


Tak sampai beberapa minit selepas pesawat berlepas dari KLIA, kami dihidangkan dengan minuman ringan dan kacang. Pakaian paramugari pun menutup aurat, kalau di kekalkan pakaian begini di setiap penerbang ke luar negara atau dalam negara kan bagus. Kami juga di beri gula-gula hacks dan  paling seronok nya minyak cap kapak atau tiger blam. Cu memang bawa minyak cap kapak dalam beg besar, rasanya 3 botol. Cu saja bawa lebih untuk hadiah pada sesiapa yang memerlukan di tanah suci.

Dalam masa setengah jam kami di hidangkan dengan makanan tengahari seperti biasa cu akan ambil nasi dengan ayam dan suami akan ambil nasi dengan ikan.

Paramugari akan mengumumkan bila telah masuk waktu solat zohor. Rasanya pada masa itu kami berada di ruang udara India. Adalah tidak digalakan mengambil wuduk di dalam bilik air kerana lantai tidak boleh basah memandangkan terdapat wayar-wayar di bawah lantai. Lebih baik mengambil wuduk dengan menggunakan spray. Ustaz ada mengajar bagaimana mengambil wuduk secara tersebut. Cu dan suami mengambil keputusan solat hormat waktu. Apabila sampai di Lapangan Terbang Madinah baru solat zohor dan asar.

Semasa di dalam pesawat, buatlah pergerakan kaki di tempat duduk untuk peredaran darah dan supaya kaki tidak cramp. Cu dan suami berjalan-jalan ke belakang pesawat, ada ruang kosong berdekatan bilik air pesawat. Sambil itu lihat keluar dan Subhanallah boleh lihat peta dunia.


Ini gambar pesawat telah masuk negara Arab, nampak padang pasir.

Kami dijangka sampai di Madinah pada pukul 2.00 petang waktu Madinah, waktu Malaysia pukul 7.00 malam.

No comments:

Post a Comment