Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Tuesday, April 24, 2012

Kursus Asas Haji 1432H/2011M



Cu dan suami telah menerima surat jemputan untuk menghadiri Kursus Asas Haji 1432H/2011M di Masjid Bandar Kinrara .Kursus ini bermula akhir bulan Februari selama 17 minggu. Ustaz yang mengendali kursus ini adalah Ustaz Hashim Fahmi.

Cu nasihatkan agar semua Tetamu Allah meluangkan masa untuk menghadiri kursus ini terutama bagi mereka yang baru pertama kali menjadi Tetamu Allah. Cu mendapat banyak tips dan gambaran keadaan di Mekah dan Madinah dari Ustaz yang telah berkali-kali menjadi Tetamu Allah.

Pada masa ini cu banyak melakukan solat sunat, berzikir dan mengajar hati supaya sentiasa sabar ,ikhlas dan tenang. Bab hati ini mesti dijaga apabila di sana kerana apa-apa saja yang terlintas oleh hati samada baik atau buruk akan diberi secara tunai oleh Allah di Mekah dan Madinah.

Salah satu siri Kursus Haji ini ada latihan amali untuk Tawaf dan Saei. Latihan ini akan menguji kesediaan jasmani  dan kesihatan kita.

Di sini cu senarai modul Kursus Asas Haji bagi musim 1432H/2011M:

  • Penerangan Ringkas Ibadat Haji
  • Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci
  • Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah
  • Umrah
  • Rukun Haji (3 modul)
  • Wajib Haji (3 modul)
  • Jenis-jenis Haji
  • Toharah,Solat dan Aurat
  • Permasalahan Hukum - Haid, Istihadah, Muamalat dan Tawaf Wada'
  • Ziarah Madinah
  • Kesihatan
  • Pengurusan Haji
  • Amali Ibadat
Pada musim 1433H/2012M, terdapat tambahan 2modul lagi. Rajin-rajinlah pergi ke Kursus Asas Haji bagi Tetamu Allah Musim 1433H/2012M.  

No comments:

Post a Comment