Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Tuesday, April 24, 2012

Kursus Asas Haji 1432H/2011M



Cu dan suami telah menerima surat jemputan untuk menghadiri Kursus Asas Haji 1432H/2011M di Masjid Bandar Kinrara .Kursus ini bermula akhir bulan Februari selama 17 minggu. Ustaz yang mengendali kursus ini adalah Ustaz Hashim Fahmi.

Cu nasihatkan agar semua Tetamu Allah meluangkan masa untuk menghadiri kursus ini terutama bagi mereka yang baru pertama kali menjadi Tetamu Allah. Cu mendapat banyak tips dan gambaran keadaan di Mekah dan Madinah dari Ustaz yang telah berkali-kali menjadi Tetamu Allah.

Pada masa ini cu banyak melakukan solat sunat, berzikir dan mengajar hati supaya sentiasa sabar ,ikhlas dan tenang. Bab hati ini mesti dijaga apabila di sana kerana apa-apa saja yang terlintas oleh hati samada baik atau buruk akan diberi secara tunai oleh Allah di Mekah dan Madinah.

Salah satu siri Kursus Haji ini ada latihan amali untuk Tawaf dan Saei. Latihan ini akan menguji kesediaan jasmani  dan kesihatan kita.

Di sini cu senarai modul Kursus Asas Haji bagi musim 1432H/2011M:

  • Penerangan Ringkas Ibadat Haji
  • Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci
  • Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah
  • Umrah
  • Rukun Haji (3 modul)
  • Wajib Haji (3 modul)
  • Jenis-jenis Haji
  • Toharah,Solat dan Aurat
  • Permasalahan Hukum - Haid, Istihadah, Muamalat dan Tawaf Wada'
  • Ziarah Madinah
  • Kesihatan
  • Pengurusan Haji
  • Amali Ibadat
Pada musim 1433H/2012M, terdapat tambahan 2modul lagi. Rajin-rajinlah pergi ke Kursus Asas Haji bagi Tetamu Allah Musim 1433H/2012M.  

Thursday, April 5, 2012

Tetamu Allah 1432 Hijrah (Tahun 2011)

Alhamduillah pada bulan Feb 2011,cu dan suami mendapat surat daripada Tabung Haji. Surat tersebut mengatakan cu dan suami telah terpilih untuk menjadi Tetamu Allah pada tahun 1432 Hijrah. Di dalam surat tersebut mengandungi perkara-perkara berikut:
  • maklumat peribadi
  • samada menerima tawaran
  • pilihan untuk ke Madinah atau Mekah
  • pilihan penerbangan awal atau akhir 
Setelah mengisikan semua perkara di atas,surat tawaran itu perlu di hantar ke pejabat Tabung Haji sebelum tarikh yang ditetapkan di dalam surat. 

Cu gembira dan bersyukur kepada Allah kerana telah memilih cu dan suami untuk menjadi Tetamunya. Cu dan suami memilih untuk mengikut Muasasah. Ramai kawan cu mengatakan kalau ikut Muasasah, hotelnya jauh dari Masjidilharam. Sesungguhnya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanya dan kepadanya lah  cu bedoa agar Allah mempermudahkan ibadat haji cu dan suami.

Selepas surat tawaran itu akan menyusuli pulak surat-surat yang lain iaitu:
  • Jemputan menghadiri Kursus Asas Haji yang di adakan di Masjid yang berdekatan dengan rumah,
  • Buku senarai pakej haji yang telah diluluskan oleh Tabung Haji bagi jemaah yang ingin mengikut pakej. Urusan pakej haji ini diuruskan oleh jemaah sendiri,
  • Surat menyuruh mencukupi tambang haji di dalam buku simpanan bagi jemaah yang masih belum cukup sebelum tarikh yang ditetapkan,
  • Surat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan,
  • Jemputan menghadiri Kursus Intensif Haji selama 2 hari,
  • Penyerahan passport Malaysia untuk urusan Visa Haji,
  • Mendapat gelang haji secara poslaju,
  • Jemputan ke Kursus Perdana Haji yang akan diadakan di Masjid Negeri,
  • Surat tarikh penerbangan dan masa melaporkan diri di Komplek Tabung Haji.
Nasihat cu, jika jemaah ada apa-apa kemusykilan mengenai urusan haji, sila call Hotline Tabung Haji. Insyallah mereka dapat membantu.      

Tuesday, April 3, 2012

Standby 2010

Pada bulan Jun 2010, cu dan suami mendapat buku senarai package swasta yang telah mendapat kelulusan dari Tabung Haji. Pada masa itu hati dah tergerak adakah cu dan suami akan menjadi Tetamu Allah pada tahun 2010?

Tidak lama kemudian cu dan suami dapat surat jemputan untuk menghadiri Kursus Intensif Haji di Tabung Haji Kelana Jaya selama 2 hari. Ketika itu status haji cu adalah 'standby'. Status 'standby' bermakna peluang untuk menjadi tetamu Allah  bergantung kepada perkara berikut:
  • Cukup simpanan di dalam Tabung Haji sebanyak RM 9,980
  • Terdapat jemaah haji yang menolak tawaran untuk pergi pada tahun tersebut
  • Kuota lebihan yang di beri oleh kerajaan Arab Saudi
Surat tawaran 'standby' perlu dijawab sebelum tarikh yang ditetapkan  dan duit simpanan mesti cukup seperti di atas. 

Cu dan suami menghadiri Kursus Intensif tersebut selama 2 hari. Ustaz yang mengajar adalah Ustaz Safawi. Banyak tip-tip yang cu dapat. Insyallah cu akan senarai tip-tip tersebut untuk panduan Tetamu-tetamu Allah.