Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Friday, September 7, 2012

Sehari Sebelum Lapor Diri Di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya

Tarikh cu dan suami melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya adalah pada 2 October 2011 iaitu kena berada di sana pada pukul 8.30 pagi.

Cu telah mengambil cuti haji (yang diberi oleh syarikat) sebanyak 40 hari dan cuti cu sendiri sebanyak 10 hari. Cu mula bercuti iaitu lagi 4 hari  sebelum bertolak ke tanah suci. Dua hari sebelum berangkat cu mendapat pesanan ringkas dari call center Tabung Haji meminta cu dan suami lapor diri pada 7.30 pagi. Ini bermakna cu kena tolak dari rumah dalam pukul 5.30 pagi.

Cu telah pun mengemaskan beg berdasarkan senarai yang diberi dalam buku  tabung haji dan ustaz serta senarai cu sendiri. Cu nasihatkan supaya membuat senarai barang yang hendak dimasukkan di dalam beg besar dan beg 5kg. Nasihat cu siapkan beg awal kerana selalunya sehari sebelum berangkat, ramai saudara-mara dan kawan-kawan akan datang ziarah.

Barangan di dalam beg 5kg seperti berikut:

Lelaki

  • kain pelikat
  • tuala kecil
  • seluar panjang
  • baju melayu / baju kemeja
  • seluar dalam
  • stokin
  • baju sejuk
  • sejadah kecil
  • berus gigi/sikat (jangan letak ubat gigi dalam beg ini)
  • buku doa dan yassin yang diberi oleh  Tabung Haji 

Perempuan

  •  telekung
  •  tuala kecil
  • sepasang stokin
  • sepasang sarung tangan 
  • 1 set pakaian dalam 
  • 1 baju kurung/jubah
  • baju sejuk
  • berus gigi/ sikat (jangan letak ubat gigi dalam beg ini)
  • buku doa dan yassin yang diberi oleh  Tabung Haji 
Nota: Minyak cap capak dan balsam boleh diminta di dalam kapalterbang MAS.  

Cu dan suami telah menulis senarai bil-bil yang perlu dibayar, perbelanjaan dapur, perbelanjaan hospital dan tugas-tugas anak-anak di rumah pada anak-anak. Cu siap tampal senarai tersebut di dinding rumah. Oh ya surat tarikh penerbangan pergi dan balik hendaklah dibuat salinan dan di tampal di tempat yang senang di lihat oleh anak-anak. Cu siap tulis resepi telur bistik dan resepi daging masak merah untuk anak bongsu yang suka memasak. Resepi itu pun di tampal di dinding dapur.

Sehari sebelum berangkat, ramai saudara-mara dan jiran-jiran datang ziarah. Nasihat cu, order makanan pada hari tersebut dan guna pinggan dan cawan plastik untuk jamu tetamu..

Cu dan anak-anak bersolat jemaah maghrib dan isyak. Selepas solat, kami bermaaf-maafan dan berpesan pada anak-anak:
  • supaya sentiasa doakan agar Allah memudahkan ibadat haji cu dan suami serta mendapat haji yang    mabrur    
  • anak-anak berkelakuan baik 
  • anak-anak solat tetap pada waktunya terutama solat subuh
Beg-beg besar dan beg 5kg dah bersedia di depan pintu rumah. Siapkan juga pakaian yang hendak di pakai. Pada beg-beg tersebut lekatkan  nama, alamat rumah , no KT supaya cu dan suami kenal beg sendiri.  



       

Monday, July 16, 2012

Persiapan Beg Tetamu Allah

Cu nasihatkan para Tetamu-Allah untuk meyiapkan bag selewat-lewatnya 2 miggu sebelum tarikh berangkat ke tanah suci. Tarikh penerbangan cu dan suami adalah pada 2 Oktober 2011 iaitu pada Hari Ahad.

Tabung Haji akan memberi beg 5kg dan peralatan haji yang lain (yang di sumbangkan oleh syarikat-syarikat besar) untuk kegunaan Tetamu Allah di tanah suci.  Semua barangan ini Tetamu Allah kena ambil sendiri di Komplek Tabung Haji sebelum berangkat. Sebelum itu telepon hotline Tabung Haji bertanya samada barangan tersebut telah boleh diambil. Tahun tahun lepas, barangan ini boleh diambil 2 minggu sebelum tarikh penerbangan pertama.  

Tabung Haji akan beri beg dan buku doa gantung. Barangan sumbangan pulak adalah:
  • Buku Yassin dan Solat Sunat,
  • cili sos ayamas pkt kecil dan makanan dalam tin ayamas
  • berus gigi dan ubat gigi,        
  • listerine kecil,
  • payung,
  • krim kaki,
  • selipar,
  • pad dan panty liner ( bagi wanita),
  • sejadah kecil,
  • pencuci tangan,
  • uncang kasut,
  • extension plug.
Sumbangan ini mungkin berlainan pada tiap-tiap tahun dan berlainan juga bagi Tetamu Allah yang mengikuti
pakej. Cu dan suami mengambil Pakej Tabung Haji iaitu Muassasah.

Cu bawa satu beg besar saiz sederhana dan beg 5kg dari Tabung Haji. Suami pulak membawa beg kecil (beg kabin) dan beg 5kg dari Tabung Haji. Ingat ya cu mengikut Muassasah dan senarai barangan untuk pakej mungkin berlainan ya seperti bagi pakej tak perlu bawa bantal kecil kerana disediakan oleh pihak Pakej   

Senarai Barang Jemaah Haji Perempuan 
  • 3 helai telekung  (tanpa kain). Cu asingkan satu telekung yang untuk ibadat haji semasa di Arafah, Mudzalifah dan Mina,
  • 3 tudung labuh,
  • 3 anak tudung,
  • 3 helai seluar panjang yang ada poket berzip ( senang untuk simpan handphone dan purse kecil),
  • 2 helai baju kamisol yang berzip,
  • 2 helai jubah, (jubah boleh di beli di Madinah / Mekah) 
  • 2 helai baju kurung,
  • 1 helai baju seluar warna putih / jubah putih (digunakan untuk ibadat umrah dan haji),
  • 1 helai baju sejuk,
  • 2 helai baju tidur (kraftan)
  • 5 pasang pakaian dalaman,
  • 1 helai kain dalam,
  • 2 pkt seluar dalam disposable (untuk kegunaan di Arafah dan Mina)
  • 4 pasang sarung tangan,
  • 4 pasang stokin,
  • 2 pasang kasut  (yang sesuai untuk berjalan jauh. Cu beli kasut jenis scholl dan satu lagi kasut yang biasa di jual di kedai barangan umrah/haji),
  • 1 pasang selipar,
  • 2 uncang kasut, 
  • 1 tuala mandi, 1 tuala sederhana,
  • Peralatan mandi (sabun,shampoo,berus gigi dan ubat gigi. Sabun basuh kain boleh dibeli di Mekah atau Madinah), 
  • bantal kecil (kegunaan semasa di Arafah dan Mina),
Senarai Barang Jemaah Haji Lelaki
  • 4 helai kain ihram ( satu pasang yang nipis dan satu pasang yang tebal),
  • 1 pasang jubah
  • 2 pasang baju melayu,
  • 1 pasang seluar panjang
  • 2 pasang T-shirt
  • 2 pasang kain pelikat
  • 1 pasang kain pelikat tak berjahit
  • 2 pasang stokin
  • 5 helai seluar dalam
  • 1 pasang kasut
  • 1 pasang selipar
  • 2 uncang kasut
  • 1 tuala mandi, 1 tuala sederhana
  • Peralatan mandi (sabun,shampoo,berus gigi dan ubat gigi. Sabun basuh kain boleh dibeli di Mekah atau Madinah), 
  • bantal kecil (kegunaan semasa di Arafah dan Mina).   
Barangan lain
  • plastik sampah,
  • uncang untuk isi 7 biji batu untuk melontar di Jamrah( boleh juga guna plastik kecil),
  • tali untuk gantung beg dan tuala di Mina dan untuk ikat beg,
  • tikar ( akan diberi apabila melapor diri di Kompleks Tabung Haji),
  • kole kecil (boleh beli di Mekah),
  • sudu dan garpu,
  • pisau buah,
  • extension plug,
  • charger,
  • lampu picit,
  • gunting kecil,
  • penyepek kuku,
  • facial cotton,
  • pad, 
  • pantiliner, 
  • mask.
Makanan
  • serunding, 
  • sambal ikan bilis kering,
  • sos cili pkt (sumbangan dari ayamas. Di Mekah cuma ada sos tomato aje tapi mungkin sekarang dah ada sos cili),
  • strepsil,
  • gula-gula hack berperisa oren dan blackcurry,
  • maggie kalau perlu.    
Peralatan Ibadat
  • Al-Quran kecil,
  • Tasbih,
  • Sejadah,
  • Buku Doa yang diberi oleh Tabung Haji,
  • Buku Yassin dan Solat Sunat,
  • Doa Hattam Quran,
Ubat-ubatan
  • minyak cap kapak,
  • ubat vic, 
  • multivitamin,
  • vitaman c, 
  • panadol,
  • charcoal,
  • bawa juga ubat keperluan kita sehari-hari terutama yang ada penyakit,  
  • plaster,
  • balsam panas,
  • lotion muka dan badan- nivea atau vaselin (cu gunakan minyak zaitun untuk muka dan badan),

Kebanyakan barangan seperti ubatan dan barangan lain boleh di dapat di kedai di tanah suci tapi harganya agak mahal berbanding di Malaysia.  Makanan seperti serunding hendaklah di bungkus di dalam paket yang kecil supaya senang di simpan di dalam beg. 

Tuesday, May 8, 2012

Kursus Perdana Haji 1432H/2011M

Kursus Haji Perdana akan di adakan di setiap negeri di mana kesemua Tetamu Allah pada tahun tersebut akan berkursus dan bermalam di Masjid Negeri selama 1 malam. 

Cu dan suami di jemput untuk menghadiri Kursus Perdana ini di Masjid Shah Alam. Program bermula pada pukul 2.00 petang. Cu sempat pergi ke rumah kawan di bangi untuk jamuan Hari Raya.Dan selepas tu ke kenduri kahwin officemate suami.

Kursus Perdana Haji ini untuk semua Tetamu Allah di negeri Selangor Darul Ehsan.




Cu dan suami akan bermalam di sana  dan kami membawa barang-barang yang berikut:
  • perempuan
    • tuala kecil
    • berus dan ubat gigi
    • bantal kecil
    • kain batik lepas (sebagai selimut)
    • sepasang stokin
    • sepasang sarung tangan 
    • telekung
    • baju persalinan
    • panty liner
  • lelaki
    • tuala kecil
    • berus dan ubat gigi
    • bantal kecil
    • kain ihram 2 helai
    • kain pelikat
    • baju melayu
    • baju persalinan
Pada masa pendaftaran, cu mendapat hadiah beg kasut dan sejadah kecil. Cu di tempatkan di Maktab  75 bersama suami. Ustaz akan akan mengulangkaji semua bab mengenai haji dan umrah secara ringkas. Semua jemaah akan melakukan latihan praktika twaf, saei, bermalam di Mudzalifah dan melontar ketiga-tiga Jamrah.    
Cu merasa suasana semasa Kursus Perdana ini Seperti telah berada di Tanah Suci. Kerana masing-masing Tetamu Allah akan bergilir-gilir untuk menggunakan bilik air dan tandas. Jangan terkejut ada jemaah yang mandi dalam tandas, walau macam mana pun kena banyak bersabar.Cuba berlatih dari sini lagi untukbersabar. Teringat kata Ustaz iaitu di Mina kena banyak bersabar bila nak gunakan bilik air sebab bilik air di Mina sangat terhad dan berkongsi dengan Tetamu Allah dari berbagai negara.

Tarikh Penerbangan

Selepas seminggu meraikan Hari Raya Puasa, hati juga tergerak untuk menelepon call center Tabung Haji untuk bertanya tarikh penerbangan haji cu dan suami. Tarikh penerbangan haji cu dan suami adalah pada 2 Oktober 2011, hari Ahad dan penerbangan KT08.

Cu sangat genbira dan terus telepon suami dan beritahu yang cu dah tahu tarikh penerbangan. Kami sangat gembira kerana kami pergi penerbangan awal dan akan ke Madinah dulu, maklumlah baru pertama kali.  Surat telah di hantar kepada cu dan suami. Mungkin sebab musim raya, surat lambat sampai. Cu telepon anak di rumah dan anak beritahu ada surat dari Tabung Haji. Alhamduillah.

Cu dan suami kena melapur diri di Komplek Tabung Haji pada pukul 8.30 pagi dan penerbangan adalah pada pukul 12.00 tengahari di KLIA.   
Tips: Selepas Raya Puasa, Tetamu Allah rajin lah telepon call center Tabung Haji untuk bertanya Tarikh Penerbangan supaya senang untuk kita membuat persiapan. Maklumlah surat tarikh penerbangan lambat sampai keran bersaing dengan kad Hari Raya.

Saturday, May 5, 2012

Penyerahan Passport Antarabangsa/Buku Rekod Rawatan/Gelang

Selepas menghadiri Kursus Intensif, cu dan suami mendapat surat untuk penyerahan passport antarabangsa ke Tabung Haji untuk urusan visa haji. Tarikh penyerahan passport antarabangsa cu adalah pada hari Ahad. sebelah pagi.

Pada masa ini Tetamu Allah akan mendapat Buku Rekod Rawatan dan Tetamu Allah diminta simpan dan membawanya bersama apabila datang melapur diri di Komplek Tabung Haji. Buku Rekod Rawatan ini penting ya.

Tabung Haji juga menyediakan klinik untuk 2 suntikan vaksin:.

  • Influenza 
  • Pneumococcal
Tetamu Allah perlu membayar suntikan ini sebanyak RM 140 untuk kedua-dua suntikan. Suntikan akan di beri di tangan kiri dan tangan kanan oleh Pegawai perubatan. Pegawai Perubatan akan mencatitkan suntikan tersebut di dalam Buku Rekod Rawatan dan di dalam pengkalan data kesihatan. 
  
Suntikan ini boleh di ambil di hospital kerajaan atau hospital swasta dengan pembayaran sendiri. Suntikan ini adalah sebagai suntikan tambahan untuk mengelakan batuk selsema dan jangkitan paru-paru di Tanah Suci.
  

Pada pagi itu ada Ceramah Haji oleh Ustaz Shafawi. Sementara menunggu giliran untuk penyerahan passport, cu dan suami mendengar ceramah tersebut untuk menambahkan lagi ilmu tentang ibadat haji. Terdapat juga gerai jualan barangan haji. Cu membeli jubah seluar berwarna putih khas untuk di pakai apabila mengerjakan umrah dan haji nanti.

Cu juga telah mendapat gelang pengenalan diri yang telah diposkan ke alamat rumah. Gelang ini ada tertulis nama cu dan no kad pengenalan cu. Tetamu Allah hendaklah memakai gelang ini sentiasa apabila berada di Tanah Suci.          

Thursday, May 3, 2012

Kursus Intensif Haji1432H/2011M

Kursus Intensif Haji akan di anjurkan oleh Tabung Haji setiap negeri untuk Tetamu Allah. Bagi Negeri Selangor, kursus ini telah di adakan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya pada awal bulan Julai 2011 selama 2 hari.



Kursus ini akan dihadiri oleh Tetamu Allah terpilih dan standby. Cu dan suami mengambil cuti  2 hari untuk menghadiri kursus ini yang di adakan di Dewan Jugra,Komplek Tabung Haji . Dewan Jugra adalah dewan bawah yang terletak bersebelah dengan Dewan Tiba (lobi kaunter penginapan).

Cu tak ingat nama Ustaz yang mengajar. Cu sentiasa mendapat Ustaz yang berlainan. Alhamduillah dapat ilmu yang baru. Kursus ini akan mengikut  modul  yang di ajarkan di Masjid tetapi kali ini Ustaz akan merumuskan rukun dan wajib haji dalam satu hari.

Cu amat mengalakkan Tetamu Allah lelaki juga mendengar mengenai pemasalahan wanita. Modul ini penting bagi wanita dan lelaki (suami). Ustazah akan menerangkan mengenai haid dan cara menjaga kebersihan. Cu akan terangkan caranya dalam post yang lainya.

Penerangan mengenai kesihatan dan pengurusan haji juga perlu di beri perhatian. Buat nota ringkas untuk tips-tips yang diberi. Semasa kursus ini Tabung Haji akan memberi buku rujukan haji kepada Tetamu Allah. Cu nasihatkan bawalah buku tersebut bersama ketika menunaikan haji sebagai rujukan. Jikalau ada sebarang masalah ibadat haji, rujuklah ke buku tersebut atau lebih bagus lagi jumpalah Ustaz/Ustazah yang bertugas di setiap Zon/Maktab. Cu nasihatkan jangan tanya rakan sebilik.     

Wednesday, May 2, 2012

Pemeriksaan Kesihatan 1432M/2011H

Cu dan suami mendapat surat untuk mengambil buku rawatan di pejabat Tabung Haji di Kelana Jaya dan  menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam berdekatan dengan Hotel De Palma Shah Alam pada bulan Mei 2011. Jadual pemeriksaan kami adalah pada sebelah petang iaitu pukul 2.00 petang. Klinik tersebut adalah merupakan klinik barulah juga.

Cu telah pergi ke Pejabat Tabung Haji Kelana Jaya untuk mengambil buku rekod rawatan yang diberi secara percuma. Sebelum ke klinik, cu mengisi data-data peribadi dan soalan-soalan kesihatan yang di tanya bagi memudahkan pemeriksaan dijalankan. Di dalam buku tersebut ada ruangan gambar yang perlu di lekatkan. Cu nasihatkan meletakkan gambar sebelum pergi ke klinik kerana ianya merupkan perkara wajib bagi pengesahan buku rawatan tu kita yang punya.  

Semasa sampai di klinik, terdapat ramai pesakit -pesakit. Hati cu dah terdetik mesti kena tunggu lama untuk pemeriksaan  tetapi sebenarnya tidak. Pemeriksaan kesihatan bagi Jemaah Haji diasingkan dari pesakit biasa

Bagi urusan pendaftaran, letakkan kad rekod rawatan di dalam bakul yang disediakan. Petugas-petugas Tabung Haji akan memgambil berat badan, ketinggian dan BMI cu sebelum pemeriksaan seterusnya yang akan dilaksanakan oleh jururawat dan doktor yang bertugas. No giliran akan di beri oleh petugas Tabung Haji.

Cu terasa takut dan terasa darah genuruh juag untuk buat pemeriksaan ini maklumlah cu kena lulus pemeriksaan ini untuk layak menjadi Tetamu Allah.

Terdapat 4 bilik untuk pemeriksaan. Bilik yang pertama jururawat akan menyemak soalan-soalan kesihatan dan mengambil tekanan darah cu. Cu nasihatkan agar Jemaah Haji berada di dalam keadaan tenang semasa ini. Tekanan darah cu naik tiba-tiba di sebabkan perasaan takut dan darah gemuruh. Alhamduillah selepas berzikir dan mohon Allah memberi ketenangan, bacaan tekanan darah seperti biasa. Syukur sangat-sangat.

Lepas itu, cu ke bilik pemeriksaan kedua di mana darah kena di ambil (darah di ambil dari hujung ibu jari tangan aje). Di sini pemeriksaan heomoglobin, kadar gula dan lain-lain di lakukan. Pemeriksaan ketiga adalah berjumpa dengan Pegawai Perubatan. Pegawai Perubatan akan menyemak semua ujian yang telah di lakukan dan bertanya tahap kesihatan cu. Jika tiada apa-apa masalah, Pegawai Kesihatan akan meluluskan pemeriksaan kesihatan cu di dalam buku rekod rawatan. Dengan kelulusan ini barulah jururawat akan memberi suntikan Maningitis (suntikan wajib oleh kerajaan Arab Saudi). Jururawat akan merekodkan data-data ini di dalam pengkalan data Tabung Haji untuk urusan Visa Haji.

Buku rekod rawatan akan di simpan oleh petugas Tabung Haji.

Nasihat cu, jika bakal Tetamu Allah mempunyai penyakit  yang kronik, beritahulah kepada Pegawai Perubatan. Janganlah cuba menyembunyi penyakit yang ada. Tujuannya supaya apabila di Tanah Suci, Pegawai Perubatan  yang bertugas dapat membantu dan bawalah juga ubat-ubatan yang telah disarankan oleh Doktor Pakar. Bawalah ubatan-ubatan secukupnya untuk 2 bulan.   

Tuesday, April 24, 2012

Kursus Asas Haji 1432H/2011M



Cu dan suami telah menerima surat jemputan untuk menghadiri Kursus Asas Haji 1432H/2011M di Masjid Bandar Kinrara .Kursus ini bermula akhir bulan Februari selama 17 minggu. Ustaz yang mengendali kursus ini adalah Ustaz Hashim Fahmi.

Cu nasihatkan agar semua Tetamu Allah meluangkan masa untuk menghadiri kursus ini terutama bagi mereka yang baru pertama kali menjadi Tetamu Allah. Cu mendapat banyak tips dan gambaran keadaan di Mekah dan Madinah dari Ustaz yang telah berkali-kali menjadi Tetamu Allah.

Pada masa ini cu banyak melakukan solat sunat, berzikir dan mengajar hati supaya sentiasa sabar ,ikhlas dan tenang. Bab hati ini mesti dijaga apabila di sana kerana apa-apa saja yang terlintas oleh hati samada baik atau buruk akan diberi secara tunai oleh Allah di Mekah dan Madinah.

Salah satu siri Kursus Haji ini ada latihan amali untuk Tawaf dan Saei. Latihan ini akan menguji kesediaan jasmani  dan kesihatan kita.

Di sini cu senarai modul Kursus Asas Haji bagi musim 1432H/2011M:

  • Penerangan Ringkas Ibadat Haji
  • Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci
  • Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah
  • Umrah
  • Rukun Haji (3 modul)
  • Wajib Haji (3 modul)
  • Jenis-jenis Haji
  • Toharah,Solat dan Aurat
  • Permasalahan Hukum - Haid, Istihadah, Muamalat dan Tawaf Wada'
  • Ziarah Madinah
  • Kesihatan
  • Pengurusan Haji
  • Amali Ibadat
Pada musim 1433H/2012M, terdapat tambahan 2modul lagi. Rajin-rajinlah pergi ke Kursus Asas Haji bagi Tetamu Allah Musim 1433H/2012M.  

Thursday, April 5, 2012

Tetamu Allah 1432 Hijrah (Tahun 2011)

Alhamduillah pada bulan Feb 2011,cu dan suami mendapat surat daripada Tabung Haji. Surat tersebut mengatakan cu dan suami telah terpilih untuk menjadi Tetamu Allah pada tahun 1432 Hijrah. Di dalam surat tersebut mengandungi perkara-perkara berikut:
  • maklumat peribadi
  • samada menerima tawaran
  • pilihan untuk ke Madinah atau Mekah
  • pilihan penerbangan awal atau akhir 
Setelah mengisikan semua perkara di atas,surat tawaran itu perlu di hantar ke pejabat Tabung Haji sebelum tarikh yang ditetapkan di dalam surat. 

Cu gembira dan bersyukur kepada Allah kerana telah memilih cu dan suami untuk menjadi Tetamunya. Cu dan suami memilih untuk mengikut Muasasah. Ramai kawan cu mengatakan kalau ikut Muasasah, hotelnya jauh dari Masjidilharam. Sesungguhnya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanya dan kepadanya lah  cu bedoa agar Allah mempermudahkan ibadat haji cu dan suami.

Selepas surat tawaran itu akan menyusuli pulak surat-surat yang lain iaitu:
  • Jemputan menghadiri Kursus Asas Haji yang di adakan di Masjid yang berdekatan dengan rumah,
  • Buku senarai pakej haji yang telah diluluskan oleh Tabung Haji bagi jemaah yang ingin mengikut pakej. Urusan pakej haji ini diuruskan oleh jemaah sendiri,
  • Surat menyuruh mencukupi tambang haji di dalam buku simpanan bagi jemaah yang masih belum cukup sebelum tarikh yang ditetapkan,
  • Surat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan,
  • Jemputan menghadiri Kursus Intensif Haji selama 2 hari,
  • Penyerahan passport Malaysia untuk urusan Visa Haji,
  • Mendapat gelang haji secara poslaju,
  • Jemputan ke Kursus Perdana Haji yang akan diadakan di Masjid Negeri,
  • Surat tarikh penerbangan dan masa melaporkan diri di Komplek Tabung Haji.
Nasihat cu, jika jemaah ada apa-apa kemusykilan mengenai urusan haji, sila call Hotline Tabung Haji. Insyallah mereka dapat membantu.      

Tuesday, April 3, 2012

Standby 2010

Pada bulan Jun 2010, cu dan suami mendapat buku senarai package swasta yang telah mendapat kelulusan dari Tabung Haji. Pada masa itu hati dah tergerak adakah cu dan suami akan menjadi Tetamu Allah pada tahun 2010?

Tidak lama kemudian cu dan suami dapat surat jemputan untuk menghadiri Kursus Intensif Haji di Tabung Haji Kelana Jaya selama 2 hari. Ketika itu status haji cu adalah 'standby'. Status 'standby' bermakna peluang untuk menjadi tetamu Allah  bergantung kepada perkara berikut:
  • Cukup simpanan di dalam Tabung Haji sebanyak RM 9,980
  • Terdapat jemaah haji yang menolak tawaran untuk pergi pada tahun tersebut
  • Kuota lebihan yang di beri oleh kerajaan Arab Saudi
Surat tawaran 'standby' perlu dijawab sebelum tarikh yang ditetapkan  dan duit simpanan mesti cukup seperti di atas. 

Cu dan suami menghadiri Kursus Intensif tersebut selama 2 hari. Ustaz yang mengajar adalah Ustaz Safawi. Banyak tip-tip yang cu dapat. Insyallah cu akan senarai tip-tip tersebut untuk panduan Tetamu-tetamu Allah. 

Thursday, February 23, 2012

Buku-Buku Agama

Selain dari menghadiri Kursus Asas Haji  yang di anjurkan oleh Tabung Haji, cu banyak membaca buku-buku mengenai haji , sejarah mekah dan madinah dan pengalaman jemaah haji. Buku-buku yang cu cadangkan adalah:
  • Makkah Al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah oleh Abdul Basit Abdul Rahman    
  • Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah oleh Abdul Basit Abdul Rahman  
  • Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim
  • 50 Tip Motivasi Haji oleh Muhd Kamil Ibrahim
  • Haji Muda: Tip-tip Menjadi tetamu Allah oleh Ridzwan Bakar 
  • Rahsia Haji oleh Ustaz Dr Najib Abdul Kadir 
Buku-buku ini bagus dibaca sebagai persediaan kita terutama sekali bagi Tetamu Allah yang pertama kali akan ke sana seperti cu.

Buku Travelog Haji menceritakan perjalanan ibadat haji  penulis di Mekah  dan kemudian Madinah. Wahal buku Haji Muda, perjalanan ibadat haji  penulis  di Madinah dan kemudian Mekah. Kedua-dua buku ini mempunyai doa-doa yang cu amalkan di Mekah dan Madinah. 

Buku Rahsia Haji mencerita tentang fungsi dan hikmah ibadat haji. Cu sarankan setiap Tetamu Allah patut memiliki buku ini. Harganya cuma rm 25.50. Pesta Buku Islam telah bermula dari hari ini 24 Feb 2012 hingga 4  Mac 2912 di Putrajaya. Jom kita ramai-ramai pergi, tak rugi menambah ilmu agama.  

Cu juga selalu melayari laman web yang berkaitan haji dan keadaan semasa Mekah dan Madinah. Laman web yang paling cu layari ialah www.tetamuallah.com. Laman web ini memberi maklumat yang terkini mengenai  haji untuk tahun semasa.  Malah cu boleh lihat lintas langsung dari  Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Banyak maklumat yang boleh didapati dari mula surat tawaran haji dikeluarkan sehinggalah hari berangkat ke tanah suci.

Laman web ini juga menunjukkan peta kedudukan Hotel Muassasah Tabung Haji, bolehlah dapat gambaran jarak jauh Hotel dari Masjidilharam. Tetapi Hotel-hotel ini mungkin berubah mengikut ketetapan kerajaan Arab Saudi.  








Wednesday, February 22, 2012

Persediaan Menjadi Tetamu Allah

Pada tahun 2007, cu dan suami  telah mula pergi Kursus Haji yang di adakan di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara. Ustaz yang memberi penerangan  pada masa itu adalah Ustaz Shamsuddin. Tiap-tiap tahun cu pergi kursus sehingga tahun 2011. Cu belajar Kursus Haji dari 4 Ustaz yang berlainan iaitu
  • Ustaz Shamsuddin
  • Ustaz Shafawi bin Cik Mat 
  • Ustaz Hashim Fikri bin Haji Ahmad Shaufi
  • Ustaz Hashim Fahmi bin Haji Ahmad Shaufi
Setiap-tiap Ustaz ada cara penyampaian dan tips sendiri.

Selain menghadiri kursus yang di anjurkan oleh Tabung Haji, persediaan diri juga patut ada terutama bagi yang pertama kali menjadi kali menjejak kaki ke Tanah Suci .

Persediaan yang cu lakukan semenjak tahun 2006 adalah:

  • Solat Sunat Taubat tiap-tiap hari, doa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa cu dari kecil hinggalah sekarang, dosa besar dan dosa kecil.
  • Latih diri untuk laksanakan Solat Sunat tiap-tiap hari iaitu Solat Sunat Dhuha,  Solat Sunat Tahajjud,Solat Witir dan solat-solat sunat yang lain. 
  • Latih hati supaya banyak bersabar dan bersyukur   
  • Jaga mulut dari bercakap perkara yang tidak disukai oleh Allah.
  • Banyak mengaji Al-Quran dan jika boleh hatam Al-Quran satu tahun sekali atau lebih dari sekali. Dengan mengaji Al-Quran dapat membersihkandan menenangkan hati. 
  • Hadiri Majlis Ilmu.
  • Banyakkan puasa sunat terutama puasa hari Isnin  dan Khamis.

Saturday, February 11, 2012

Pendaftaran Haji



Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrahZakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


Akhirnya pada tahun 2005, cu dan suami pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya. Kami mengisi borang pendaftaran Haji di mana syarat pendaftaran adalah sebanyak RM 1,300 mesti ada di dalam akaun simpanan Tabung Haji.Alhamduillah kami akan melaksanakan Rukun Islam yang kelima. Pegawai Tabung Haji mengatakan kami kena mengikut giliran dan dijangka akan menjadi Tetamu Allah pada tahun 2012 iaitu lagi 7 tahun. Kemungkinan juga kami mungkin pergi awal dari tahun yang di nyatakan di dalam sistem komputer Tabung Haji.