Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Thursday, March 27, 2014

Menuju ke KLIA

Kami disuruh bersiap sedia untuk menaiki bas ke KLIA. Doa dan azan dibaca sebelum kami turun dari dewan ke tempat bas. Masing-masing mengikut giliran untuk turun bermula dari barisan depan hinggalah barisan yang terakhir. Semua jemaah mengikut arahan petugas Tabung Haji. Alhamduillah semuanya berjalan lancar.

Kami menaiki bas yang ke 12. sempat juga minta petugas Tabung Haji mengambil gambar.



Bas-bas yang telah penuh berisi dengan jemaah keluar dari kompleks dan parking sederet di luar kompleks. Kalau tak silap cu ada 15/16 buah bas membawa jemaah ke KLIA.

Apabila semua jemaah dah naik bas, kami pun bergerak ke klia dengan di 'escort' oleh polis trafik dengan bunyian sirennya. Haha terasa macam VVIP pulak. 

Setiap kereta yang nampak bas melambai-lambai tangan kepada kami. Semoga mereka juga akan dipanggil untuk menunaikan haji.


Kami dibawa sehingga ke dalam terminal. Lihatlah betapa banyaknya bas yang membawa jemaah KT08. Sesuatu perasaan yang tidak dapat ditulis dengan kata-kata. 



Cu sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan ibadat haji cu, suami dan semua jemaah-jemaah. Kemudian kami dibawa ke tempat menunggu untuk berlepas. Di sinilah ada pihak  Imgresen yang akan mencopkan passport semua jemaah.

Kami pun dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat mengikut no tempat duduk peringkat demi peringkat. Kapalterbang yang kami naiki adalah kapalterbang 2 tingkat yang di pajak oleh Tabung Haji. 

Kapalterbang ini mempunyai susunan tempat duduk 3, 6, 3. Kemungkinan suami isteri tak duduk sekali iaitu suami di kerusi depan dan isteri di kerusi belakang. 

Ujian cu bermula di dalam pesawat iaitu kedudukan tempat duduk tapi alhamduillah dapat di selesaikan.Bila difikir balik cu patut beri aje tempat duduk cu pada pasangan tersebut memandangkan isteri nya fobia naik kapalterbang. Bila berbual-bual dengan isterinya, rupanya kami satu bilik di Madinah. Itulah hikmahnya.

Kita boleh tahu siapa rakan sebilik melalui kedudukan dalam pesawat yang telah diaturkan oleh Tabung Haji. Cu puji Tabung Haji cara mereka mengendalikan jemaah haji bermula dari di Kompleks hinggalah di dalam pesawat. 

Balai Berlepas Komplek Tabung Haji





Masa telah tiba untuk Cu dan suami masuk ke dalam Balai Berlepas Komplek Tabung Haji. Selepas bersalaman dengan anak-anak dan saudara-mara, kami pun beratur untuk masuk. Memang rasa sedih kerana hendak meninggalkan anak-anak. Anak-anak pun tidak pernah berpisah selama sebulan lebih dengan kami. Kalau pergi 'out-station' pun setakat 3/4 hari aje. Cu bertawakal kepada Allah untuk menjaga mereka. Itu yang ustaz pembimbing haji pesan.

Apabila masuk ke dalam Balai Berlepas, kami di arah untuk menunjukkan buku kesihatan kepada pegawai bertugas. Prosedur Balai berlepas ini sama aje macam di KLIA iaitu

  • beg-beg  di 'scan' oleh pegawai bertugas,
  • beg besar diletakkan pada tempat yang dikhaskan. Beg-beg ini akan di hantar terus ke KLIA. Kami hanya  bawa beg 5kg Tabung Haji dan beg sandang,
  • pergi kat cek in kaunter sambil menunjukkan surat lapurdiri untuk mengambil passport dan 'boarding pas'
  • kemudian beratur untuk pemeriksaan pegawai kastam,
  • lepas itu naik ke dewan untuk mendengar taklimat haji.
Kami akan ke Madinah dulu baru ke Mekkah, dalam fikiran kami akan ke Lapangan Jeddah terlebih dahulu. Kemudian naik bas dari Jeddah ke Madinah 7/8 jam perjalanan. Tetapi di 'boarding pas', kami akan ke Madinah terus. Alhamduillah, tak sudah-sudah cu dan suami bersyukur sangat-sangat. Suami pun sms pada anak-anak katakan kami akan ke Madinah bukan Jeddah.

Semasa beratur untuk pemeriksaan kastam, baru terperasaan cu ada ubat gigi dalam beg 5kg. Ubat gigi dan apa-apa cecair yang melebih berapa ml (tak ingat berapa ml) kena letak di beg besar. Apa lagi cu pun keluarkan ubat gigi tersebut dan letakkan dalam kotak yang disediakan.

Ramai petugas-petugas Tabung Haji yang membantu jemaah. Ringankan mulut untuk bertanya jika kita ada kemusykilan. 

Kami di suruh duduk di kerusi yang disediakan untuk mendengar taklimat. Terdapat kaunter Tabung Haji dan kaunter pertukaran wang asing. Oh lupa nak beritahu, cu dan suami telah membeli sim kad arab di kedai serbaguna di Kompleks Tabung Haji. Sim kad tersebut boleh juga di beli di Madinah atau Mekah.

Taklimat yang di beri adalah :
  • Passport dan 'boarding pas' letak di poket depan beg sandang,
  • buku kesihatan pun letak di poket depan,
  • kena pakai gelang tangan,
  • sentiasa pakai tag pengenalan.
Kalau ada sesiapa yang duduk sebelah kita belum pakai gelang tangan terutama sekali warga emas, bantulah  mereka untuk memakainya. Warga emas ini memerlukan pertolongan kita. Insyallah kita pula akan ditolong oleh Allah di Tanah Suci .