Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Tuesday, May 8, 2012

Kursus Perdana Haji 1432H/2011M

Kursus Haji Perdana akan di adakan di setiap negeri di mana kesemua Tetamu Allah pada tahun tersebut akan berkursus dan bermalam di Masjid Negeri selama 1 malam. 

Cu dan suami di jemput untuk menghadiri Kursus Perdana ini di Masjid Shah Alam. Program bermula pada pukul 2.00 petang. Cu sempat pergi ke rumah kawan di bangi untuk jamuan Hari Raya.Dan selepas tu ke kenduri kahwin officemate suami.

Kursus Perdana Haji ini untuk semua Tetamu Allah di negeri Selangor Darul Ehsan.




Cu dan suami akan bermalam di sana  dan kami membawa barang-barang yang berikut:
  • perempuan
    • tuala kecil
    • berus dan ubat gigi
    • bantal kecil
    • kain batik lepas (sebagai selimut)
    • sepasang stokin
    • sepasang sarung tangan 
    • telekung
    • baju persalinan
    • panty liner
  • lelaki
    • tuala kecil
    • berus dan ubat gigi
    • bantal kecil
    • kain ihram 2 helai
    • kain pelikat
    • baju melayu
    • baju persalinan
Pada masa pendaftaran, cu mendapat hadiah beg kasut dan sejadah kecil. Cu di tempatkan di Maktab  75 bersama suami. Ustaz akan akan mengulangkaji semua bab mengenai haji dan umrah secara ringkas. Semua jemaah akan melakukan latihan praktika twaf, saei, bermalam di Mudzalifah dan melontar ketiga-tiga Jamrah.    
Cu merasa suasana semasa Kursus Perdana ini Seperti telah berada di Tanah Suci. Kerana masing-masing Tetamu Allah akan bergilir-gilir untuk menggunakan bilik air dan tandas. Jangan terkejut ada jemaah yang mandi dalam tandas, walau macam mana pun kena banyak bersabar.Cuba berlatih dari sini lagi untukbersabar. Teringat kata Ustaz iaitu di Mina kena banyak bersabar bila nak gunakan bilik air sebab bilik air di Mina sangat terhad dan berkongsi dengan Tetamu Allah dari berbagai negara.

Tarikh Penerbangan

Selepas seminggu meraikan Hari Raya Puasa, hati juga tergerak untuk menelepon call center Tabung Haji untuk bertanya tarikh penerbangan haji cu dan suami. Tarikh penerbangan haji cu dan suami adalah pada 2 Oktober 2011, hari Ahad dan penerbangan KT08.

Cu sangat genbira dan terus telepon suami dan beritahu yang cu dah tahu tarikh penerbangan. Kami sangat gembira kerana kami pergi penerbangan awal dan akan ke Madinah dulu, maklumlah baru pertama kali.  Surat telah di hantar kepada cu dan suami. Mungkin sebab musim raya, surat lambat sampai. Cu telepon anak di rumah dan anak beritahu ada surat dari Tabung Haji. Alhamduillah.

Cu dan suami kena melapur diri di Komplek Tabung Haji pada pukul 8.30 pagi dan penerbangan adalah pada pukul 12.00 tengahari di KLIA.   
Tips: Selepas Raya Puasa, Tetamu Allah rajin lah telepon call center Tabung Haji untuk bertanya Tarikh Penerbangan supaya senang untuk kita membuat persiapan. Maklumlah surat tarikh penerbangan lambat sampai keran bersaing dengan kad Hari Raya.

Saturday, May 5, 2012

Penyerahan Passport Antarabangsa/Buku Rekod Rawatan/Gelang

Selepas menghadiri Kursus Intensif, cu dan suami mendapat surat untuk penyerahan passport antarabangsa ke Tabung Haji untuk urusan visa haji. Tarikh penyerahan passport antarabangsa cu adalah pada hari Ahad. sebelah pagi.

Pada masa ini Tetamu Allah akan mendapat Buku Rekod Rawatan dan Tetamu Allah diminta simpan dan membawanya bersama apabila datang melapur diri di Komplek Tabung Haji. Buku Rekod Rawatan ini penting ya.

Tabung Haji juga menyediakan klinik untuk 2 suntikan vaksin:.

  • Influenza 
  • Pneumococcal
Tetamu Allah perlu membayar suntikan ini sebanyak RM 140 untuk kedua-dua suntikan. Suntikan akan di beri di tangan kiri dan tangan kanan oleh Pegawai perubatan. Pegawai Perubatan akan mencatitkan suntikan tersebut di dalam Buku Rekod Rawatan dan di dalam pengkalan data kesihatan. 
  
Suntikan ini boleh di ambil di hospital kerajaan atau hospital swasta dengan pembayaran sendiri. Suntikan ini adalah sebagai suntikan tambahan untuk mengelakan batuk selsema dan jangkitan paru-paru di Tanah Suci.
  

Pada pagi itu ada Ceramah Haji oleh Ustaz Shafawi. Sementara menunggu giliran untuk penyerahan passport, cu dan suami mendengar ceramah tersebut untuk menambahkan lagi ilmu tentang ibadat haji. Terdapat juga gerai jualan barangan haji. Cu membeli jubah seluar berwarna putih khas untuk di pakai apabila mengerjakan umrah dan haji nanti.

Cu juga telah mendapat gelang pengenalan diri yang telah diposkan ke alamat rumah. Gelang ini ada tertulis nama cu dan no kad pengenalan cu. Tetamu Allah hendaklah memakai gelang ini sentiasa apabila berada di Tanah Suci.          

Thursday, May 3, 2012

Kursus Intensif Haji1432H/2011M

Kursus Intensif Haji akan di anjurkan oleh Tabung Haji setiap negeri untuk Tetamu Allah. Bagi Negeri Selangor, kursus ini telah di adakan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya pada awal bulan Julai 2011 selama 2 hari.



Kursus ini akan dihadiri oleh Tetamu Allah terpilih dan standby. Cu dan suami mengambil cuti  2 hari untuk menghadiri kursus ini yang di adakan di Dewan Jugra,Komplek Tabung Haji . Dewan Jugra adalah dewan bawah yang terletak bersebelah dengan Dewan Tiba (lobi kaunter penginapan).

Cu tak ingat nama Ustaz yang mengajar. Cu sentiasa mendapat Ustaz yang berlainan. Alhamduillah dapat ilmu yang baru. Kursus ini akan mengikut  modul  yang di ajarkan di Masjid tetapi kali ini Ustaz akan merumuskan rukun dan wajib haji dalam satu hari.

Cu amat mengalakkan Tetamu Allah lelaki juga mendengar mengenai pemasalahan wanita. Modul ini penting bagi wanita dan lelaki (suami). Ustazah akan menerangkan mengenai haid dan cara menjaga kebersihan. Cu akan terangkan caranya dalam post yang lainya.

Penerangan mengenai kesihatan dan pengurusan haji juga perlu di beri perhatian. Buat nota ringkas untuk tips-tips yang diberi. Semasa kursus ini Tabung Haji akan memberi buku rujukan haji kepada Tetamu Allah. Cu nasihatkan bawalah buku tersebut bersama ketika menunaikan haji sebagai rujukan. Jikalau ada sebarang masalah ibadat haji, rujuklah ke buku tersebut atau lebih bagus lagi jumpalah Ustaz/Ustazah yang bertugas di setiap Zon/Maktab. Cu nasihatkan jangan tanya rakan sebilik.     

Wednesday, May 2, 2012

Pemeriksaan Kesihatan 1432M/2011H

Cu dan suami mendapat surat untuk mengambil buku rawatan di pejabat Tabung Haji di Kelana Jaya dan  menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam berdekatan dengan Hotel De Palma Shah Alam pada bulan Mei 2011. Jadual pemeriksaan kami adalah pada sebelah petang iaitu pukul 2.00 petang. Klinik tersebut adalah merupakan klinik barulah juga.

Cu telah pergi ke Pejabat Tabung Haji Kelana Jaya untuk mengambil buku rekod rawatan yang diberi secara percuma. Sebelum ke klinik, cu mengisi data-data peribadi dan soalan-soalan kesihatan yang di tanya bagi memudahkan pemeriksaan dijalankan. Di dalam buku tersebut ada ruangan gambar yang perlu di lekatkan. Cu nasihatkan meletakkan gambar sebelum pergi ke klinik kerana ianya merupkan perkara wajib bagi pengesahan buku rawatan tu kita yang punya.  

Semasa sampai di klinik, terdapat ramai pesakit -pesakit. Hati cu dah terdetik mesti kena tunggu lama untuk pemeriksaan  tetapi sebenarnya tidak. Pemeriksaan kesihatan bagi Jemaah Haji diasingkan dari pesakit biasa

Bagi urusan pendaftaran, letakkan kad rekod rawatan di dalam bakul yang disediakan. Petugas-petugas Tabung Haji akan memgambil berat badan, ketinggian dan BMI cu sebelum pemeriksaan seterusnya yang akan dilaksanakan oleh jururawat dan doktor yang bertugas. No giliran akan di beri oleh petugas Tabung Haji.

Cu terasa takut dan terasa darah genuruh juag untuk buat pemeriksaan ini maklumlah cu kena lulus pemeriksaan ini untuk layak menjadi Tetamu Allah.

Terdapat 4 bilik untuk pemeriksaan. Bilik yang pertama jururawat akan menyemak soalan-soalan kesihatan dan mengambil tekanan darah cu. Cu nasihatkan agar Jemaah Haji berada di dalam keadaan tenang semasa ini. Tekanan darah cu naik tiba-tiba di sebabkan perasaan takut dan darah gemuruh. Alhamduillah selepas berzikir dan mohon Allah memberi ketenangan, bacaan tekanan darah seperti biasa. Syukur sangat-sangat.

Lepas itu, cu ke bilik pemeriksaan kedua di mana darah kena di ambil (darah di ambil dari hujung ibu jari tangan aje). Di sini pemeriksaan heomoglobin, kadar gula dan lain-lain di lakukan. Pemeriksaan ketiga adalah berjumpa dengan Pegawai Perubatan. Pegawai Perubatan akan menyemak semua ujian yang telah di lakukan dan bertanya tahap kesihatan cu. Jika tiada apa-apa masalah, Pegawai Kesihatan akan meluluskan pemeriksaan kesihatan cu di dalam buku rekod rawatan. Dengan kelulusan ini barulah jururawat akan memberi suntikan Maningitis (suntikan wajib oleh kerajaan Arab Saudi). Jururawat akan merekodkan data-data ini di dalam pengkalan data Tabung Haji untuk urusan Visa Haji.

Buku rekod rawatan akan di simpan oleh petugas Tabung Haji.

Nasihat cu, jika bakal Tetamu Allah mempunyai penyakit  yang kronik, beritahulah kepada Pegawai Perubatan. Janganlah cuba menyembunyi penyakit yang ada. Tujuannya supaya apabila di Tanah Suci, Pegawai Perubatan  yang bertugas dapat membantu dan bawalah juga ubat-ubatan yang telah disarankan oleh Doktor Pakar. Bawalah ubatan-ubatan secukupnya untuk 2 bulan.