Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Wednesday, May 28, 2014

7 Jam Perjalanan



Kami bertolak dari KLIA pada pukul 12.30 tengahari. Terlupa pulak nak beritahu, cu buat salinan doa Prof Kamil di belakang muka Travelog Haji sebagai panduan doa perjalanan haji. Boleh aje ditambahkan dengan doa sendiri. Maklumlah kali pertama menjejak kaki ke Tanah Suci, masih rasa takut juga. Ramai kawan yang telah menunaikan haji memberi tunjuk-ajar. Cu berterima kasih kepada kawan pejabat cu, Harun bin Wahab yang banyak memberi tunjuk ajar tentang perjalanan ibadat haji dia pada tahun 1431 Hijrah.  

Seperti biasa bila naik pesawat, cu akan baca doa naik kenderaan dan membaca yassin. Sebelum berlepas doa musafir di baca di dalam pesawat. Perjalanan kami dari KLIA ke Madinah Munawarah mengambil masa 7 jam. Di depan tempat duduk ada skrin menunjukkan pesawat kini berada di negara mana. Malah cu boleh pilih rancangan cara-cara mengerjakan ibadat umrah dan haji. Sekurangnya boleh ulangkaji apa yang telah di pelajari ketika kursus haji


Tak sampai beberapa minit selepas pesawat berlepas dari KLIA, kami dihidangkan dengan minuman ringan dan kacang. Pakaian paramugari pun menutup aurat, kalau di kekalkan pakaian begini di setiap penerbang ke luar negara atau dalam negara kan bagus. Kami juga di beri gula-gula hacks dan  paling seronok nya minyak cap kapak atau tiger blam. Cu memang bawa minyak cap kapak dalam beg besar, rasanya 3 botol. Cu saja bawa lebih untuk hadiah pada sesiapa yang memerlukan di tanah suci.

Dalam masa setengah jam kami di hidangkan dengan makanan tengahari seperti biasa cu akan ambil nasi dengan ayam dan suami akan ambil nasi dengan ikan.

Paramugari akan mengumumkan bila telah masuk waktu solat zohor. Rasanya pada masa itu kami berada di ruang udara India. Adalah tidak digalakan mengambil wuduk di dalam bilik air kerana lantai tidak boleh basah memandangkan terdapat wayar-wayar di bawah lantai. Lebih baik mengambil wuduk dengan menggunakan spray. Ustaz ada mengajar bagaimana mengambil wuduk secara tersebut. Cu dan suami mengambil keputusan solat hormat waktu. Apabila sampai di Lapangan Terbang Madinah baru solat zohor dan asar.

Semasa di dalam pesawat, buatlah pergerakan kaki di tempat duduk untuk peredaran darah dan supaya kaki tidak cramp. Cu dan suami berjalan-jalan ke belakang pesawat, ada ruang kosong berdekatan bilik air pesawat. Sambil itu lihat keluar dan Subhanallah boleh lihat peta dunia.


Ini gambar pesawat telah masuk negara Arab, nampak padang pasir.

Kami dijangka sampai di Madinah pada pukul 2.00 petang waktu Madinah, waktu Malaysia pukul 7.00 malam.

Thursday, March 27, 2014

Menuju ke KLIA

Kami disuruh bersiap sedia untuk menaiki bas ke KLIA. Doa dan azan dibaca sebelum kami turun dari dewan ke tempat bas. Masing-masing mengikut giliran untuk turun bermula dari barisan depan hinggalah barisan yang terakhir. Semua jemaah mengikut arahan petugas Tabung Haji. Alhamduillah semuanya berjalan lancar.

Kami menaiki bas yang ke 12. sempat juga minta petugas Tabung Haji mengambil gambar.



Bas-bas yang telah penuh berisi dengan jemaah keluar dari kompleks dan parking sederet di luar kompleks. Kalau tak silap cu ada 15/16 buah bas membawa jemaah ke KLIA.

Apabila semua jemaah dah naik bas, kami pun bergerak ke klia dengan di 'escort' oleh polis trafik dengan bunyian sirennya. Haha terasa macam VVIP pulak. 

Setiap kereta yang nampak bas melambai-lambai tangan kepada kami. Semoga mereka juga akan dipanggil untuk menunaikan haji.


Kami dibawa sehingga ke dalam terminal. Lihatlah betapa banyaknya bas yang membawa jemaah KT08. Sesuatu perasaan yang tidak dapat ditulis dengan kata-kata. 



Cu sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan ibadat haji cu, suami dan semua jemaah-jemaah. Kemudian kami dibawa ke tempat menunggu untuk berlepas. Di sinilah ada pihak  Imgresen yang akan mencopkan passport semua jemaah.

Kami pun dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat mengikut no tempat duduk peringkat demi peringkat. Kapalterbang yang kami naiki adalah kapalterbang 2 tingkat yang di pajak oleh Tabung Haji. 

Kapalterbang ini mempunyai susunan tempat duduk 3, 6, 3. Kemungkinan suami isteri tak duduk sekali iaitu suami di kerusi depan dan isteri di kerusi belakang. 

Ujian cu bermula di dalam pesawat iaitu kedudukan tempat duduk tapi alhamduillah dapat di selesaikan.Bila difikir balik cu patut beri aje tempat duduk cu pada pasangan tersebut memandangkan isteri nya fobia naik kapalterbang. Bila berbual-bual dengan isterinya, rupanya kami satu bilik di Madinah. Itulah hikmahnya.

Kita boleh tahu siapa rakan sebilik melalui kedudukan dalam pesawat yang telah diaturkan oleh Tabung Haji. Cu puji Tabung Haji cara mereka mengendalikan jemaah haji bermula dari di Kompleks hinggalah di dalam pesawat. 

Balai Berlepas Komplek Tabung Haji





Masa telah tiba untuk Cu dan suami masuk ke dalam Balai Berlepas Komplek Tabung Haji. Selepas bersalaman dengan anak-anak dan saudara-mara, kami pun beratur untuk masuk. Memang rasa sedih kerana hendak meninggalkan anak-anak. Anak-anak pun tidak pernah berpisah selama sebulan lebih dengan kami. Kalau pergi 'out-station' pun setakat 3/4 hari aje. Cu bertawakal kepada Allah untuk menjaga mereka. Itu yang ustaz pembimbing haji pesan.

Apabila masuk ke dalam Balai Berlepas, kami di arah untuk menunjukkan buku kesihatan kepada pegawai bertugas. Prosedur Balai berlepas ini sama aje macam di KLIA iaitu

  • beg-beg  di 'scan' oleh pegawai bertugas,
  • beg besar diletakkan pada tempat yang dikhaskan. Beg-beg ini akan di hantar terus ke KLIA. Kami hanya  bawa beg 5kg Tabung Haji dan beg sandang,
  • pergi kat cek in kaunter sambil menunjukkan surat lapurdiri untuk mengambil passport dan 'boarding pas'
  • kemudian beratur untuk pemeriksaan pegawai kastam,
  • lepas itu naik ke dewan untuk mendengar taklimat haji.
Kami akan ke Madinah dulu baru ke Mekkah, dalam fikiran kami akan ke Lapangan Jeddah terlebih dahulu. Kemudian naik bas dari Jeddah ke Madinah 7/8 jam perjalanan. Tetapi di 'boarding pas', kami akan ke Madinah terus. Alhamduillah, tak sudah-sudah cu dan suami bersyukur sangat-sangat. Suami pun sms pada anak-anak katakan kami akan ke Madinah bukan Jeddah.

Semasa beratur untuk pemeriksaan kastam, baru terperasaan cu ada ubat gigi dalam beg 5kg. Ubat gigi dan apa-apa cecair yang melebih berapa ml (tak ingat berapa ml) kena letak di beg besar. Apa lagi cu pun keluarkan ubat gigi tersebut dan letakkan dalam kotak yang disediakan.

Ramai petugas-petugas Tabung Haji yang membantu jemaah. Ringankan mulut untuk bertanya jika kita ada kemusykilan. 

Kami di suruh duduk di kerusi yang disediakan untuk mendengar taklimat. Terdapat kaunter Tabung Haji dan kaunter pertukaran wang asing. Oh lupa nak beritahu, cu dan suami telah membeli sim kad arab di kedai serbaguna di Kompleks Tabung Haji. Sim kad tersebut boleh juga di beli di Madinah atau Mekah.

Taklimat yang di beri adalah :
  • Passport dan 'boarding pas' letak di poket depan beg sandang,
  • buku kesihatan pun letak di poket depan,
  • kena pakai gelang tangan,
  • sentiasa pakai tag pengenalan.
Kalau ada sesiapa yang duduk sebelah kita belum pakai gelang tangan terutama sekali warga emas, bantulah  mereka untuk memakainya. Warga emas ini memerlukan pertolongan kita. Insyallah kita pula akan ditolong oleh Allah di Tanah Suci .


Wednesday, September 18, 2013

Tips Memakai Gelang Tangan

Setiap Jemaah akan diberi gelang tangan haji  untuk pengenalan di Tanah Suci. Nama negara, nama jemaah dan no kad pengenalan jemaah akan dituliis pada gelang tangan haji.

Cara cu memakai gelang tangan tersebut adalah seperti berikut:

  • cu cangkukkan gelang tersebut mengikut keselesaan cu.
  • ikat hujung kedua-dua hujung dengan dawai halus atau benang tebal supaya tidak mudah tanggal.
 



Wednesday, May 8, 2013

Lapor Diri Di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya 2 Okt 2011 (Ahad , 7.30 pagi)

Cu dan suami tidur agar lewat iaitu pukul 12.00 lebih kerana menyemak barang-barang di dalam beg masing-masing. Anak-anak tidak tidur sehingga 4.00 pagi. Merekalah yang mengerakkan cu dan suami. yang terlena, mungkin sebab keletihan dan risau.(Maklumlah pertama kali ke Tanah Suci).

Cu dan suami bersiap dan mandi sumat serta solat sunat musafir berjemaah. Selepas solat cu dan suami berdoa agar Allah menjaga anak-anak. Cu meminta maaf dengan suami. Sebelum keluar rumah, pastikan kad kesihatan dan surat lapurdiri di bawa bersama. Gelang tangan yang diberi oleh Tabung Haji telah siap dipakai di tangan.  

Kakak cu dan anak saudara suami telah pun berada di rumah. Cu dan suami akan menaiki kereta kakak sementara anak-anak menaiki kereta Unser. Sebelum berangkat, anak cu yang bongsu berazan sambil menangis. Hati cu pun sebak,maklumlah nak tinggalkan anak-anak selama 45 hari,, tak tahu akan berjumpa mereka lagi atau tidak. Sesungguhnya ajal  hanya Allah yang mengetahui..

Dalam perjalanan, abang ipar memberi nasihat mengenai keadaan di sana supaya banyak bersabar terutama sekali di Mina. Cu sampai di Komplek Tabung Haji pada pukul 5 lebih. Waktu Subuh pun akan masuk dalam berapa minit lagi, Cu pun bersiap sedia untuk solat subuh sebelum pendaftaran di kaunter Tabung Haji.

Selesai sahaja solat Subuh, cu dan suami pun mengambil beg sandang, tag nama, botol spray  dan pelekat hotel di kaunter Tabung Haji.mengikut kaunter masing-masing iaitu kaunter muslimin dan kaunter muslimat.dengan menunjukkan surat lapor diri Tabung Haji. Selain dari tu, cu juga mendapat barangan sumbangan dari syarikat seperti vitamin, payung dan lain-lain. Terpulang kepada diri sendiri samada hendak bawa barang sumbangan itu sekali. Cu hanya bawa vitamin dan ' hand wash.' saja.





Tabung Haji akan memberi 3 pelekat Hotel dan di lekatkan:
  1. beg sandang
  2. beg besar
  3. beg 5 kg
Di dalam beg sandang, letakkan buku kesihatan, passport dan boarding pas (akan diberi semasa cek in) dan surat lapur diri di bahagian poket depan. Botol spray di poket tepi beg sandang. 

Ramai saudara mara yang datang menghantar dan memberi duit. Jangan risau, di dalam dewan ada kaunter Tabung Haji. Cu nasihat masukkan kesemua duit dalam akaun, cuma simpam 300 riyal di dalam purse. Kalau boleh asingkan duit tersebut iaitu:
  1. simpan di purse,
  2. di poket yang berzip
  3. dalam beg sandang
  4. dalam beg 5kg
  5. atau di tempat yang selamat


  1. Pada pukul 7.30 pagi, kami telah diarahkan untuk lapor diri untuk berlepas. Suami cu pesan supaya masuk lambat sikit bila dah kurang jemaah yang beratur.

       

Friday, September 7, 2012

Sehari Sebelum Lapor Diri Di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya

Tarikh cu dan suami melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya adalah pada 2 October 2011 iaitu kena berada di sana pada pukul 8.30 pagi.

Cu telah mengambil cuti haji (yang diberi oleh syarikat) sebanyak 40 hari dan cuti cu sendiri sebanyak 10 hari. Cu mula bercuti iaitu lagi 4 hari  sebelum bertolak ke tanah suci. Dua hari sebelum berangkat cu mendapat pesanan ringkas dari call center Tabung Haji meminta cu dan suami lapor diri pada 7.30 pagi. Ini bermakna cu kena tolak dari rumah dalam pukul 5.30 pagi.

Cu telah pun mengemaskan beg berdasarkan senarai yang diberi dalam buku  tabung haji dan ustaz serta senarai cu sendiri. Cu nasihatkan supaya membuat senarai barang yang hendak dimasukkan di dalam beg besar dan beg 5kg. Nasihat cu siapkan beg awal kerana selalunya sehari sebelum berangkat, ramai saudara-mara dan kawan-kawan akan datang ziarah.

Barangan di dalam beg 5kg seperti berikut:

Lelaki

  • kain pelikat
  • tuala kecil
  • seluar panjang
  • baju melayu / baju kemeja
  • seluar dalam
  • stokin
  • baju sejuk
  • sejadah kecil
  • berus gigi/sikat (jangan letak ubat gigi dalam beg ini)
  • buku doa dan yassin yang diberi oleh  Tabung Haji 

Perempuan

  •  telekung
  •  tuala kecil
  • sepasang stokin
  • sepasang sarung tangan 
  • 1 set pakaian dalam 
  • 1 baju kurung/jubah
  • baju sejuk
  • berus gigi/ sikat (jangan letak ubat gigi dalam beg ini)
  • buku doa dan yassin yang diberi oleh  Tabung Haji 
Nota: Minyak cap capak dan balsam boleh diminta di dalam kapalterbang MAS.  

Cu dan suami telah menulis senarai bil-bil yang perlu dibayar, perbelanjaan dapur, perbelanjaan hospital dan tugas-tugas anak-anak di rumah pada anak-anak. Cu siap tampal senarai tersebut di dinding rumah. Oh ya surat tarikh penerbangan pergi dan balik hendaklah dibuat salinan dan di tampal di tempat yang senang di lihat oleh anak-anak. Cu siap tulis resepi telur bistik dan resepi daging masak merah untuk anak bongsu yang suka memasak. Resepi itu pun di tampal di dinding dapur.

Sehari sebelum berangkat, ramai saudara-mara dan jiran-jiran datang ziarah. Nasihat cu, order makanan pada hari tersebut dan guna pinggan dan cawan plastik untuk jamu tetamu..

Cu dan anak-anak bersolat jemaah maghrib dan isyak. Selepas solat, kami bermaaf-maafan dan berpesan pada anak-anak:
  • supaya sentiasa doakan agar Allah memudahkan ibadat haji cu dan suami serta mendapat haji yang    mabrur    
  • anak-anak berkelakuan baik 
  • anak-anak solat tetap pada waktunya terutama solat subuh
Beg-beg besar dan beg 5kg dah bersedia di depan pintu rumah. Siapkan juga pakaian yang hendak di pakai. Pada beg-beg tersebut lekatkan  nama, alamat rumah , no KT supaya cu dan suami kenal beg sendiri.  



       

Monday, July 16, 2012

Persiapan Beg Tetamu Allah

Cu nasihatkan para Tetamu-Allah untuk meyiapkan bag selewat-lewatnya 2 miggu sebelum tarikh berangkat ke tanah suci. Tarikh penerbangan cu dan suami adalah pada 2 Oktober 2011 iaitu pada Hari Ahad.

Tabung Haji akan memberi beg 5kg dan peralatan haji yang lain (yang di sumbangkan oleh syarikat-syarikat besar) untuk kegunaan Tetamu Allah di tanah suci.  Semua barangan ini Tetamu Allah kena ambil sendiri di Komplek Tabung Haji sebelum berangkat. Sebelum itu telepon hotline Tabung Haji bertanya samada barangan tersebut telah boleh diambil. Tahun tahun lepas, barangan ini boleh diambil 2 minggu sebelum tarikh penerbangan pertama.  

Tabung Haji akan beri beg dan buku doa gantung. Barangan sumbangan pulak adalah:
  • Buku Yassin dan Solat Sunat,
  • cili sos ayamas pkt kecil dan makanan dalam tin ayamas
  • berus gigi dan ubat gigi,        
  • listerine kecil,
  • payung,
  • krim kaki,
  • selipar,
  • pad dan panty liner ( bagi wanita),
  • sejadah kecil,
  • pencuci tangan,
  • uncang kasut,
  • extension plug.
Sumbangan ini mungkin berlainan pada tiap-tiap tahun dan berlainan juga bagi Tetamu Allah yang mengikuti
pakej. Cu dan suami mengambil Pakej Tabung Haji iaitu Muassasah.

Cu bawa satu beg besar saiz sederhana dan beg 5kg dari Tabung Haji. Suami pulak membawa beg kecil (beg kabin) dan beg 5kg dari Tabung Haji. Ingat ya cu mengikut Muassasah dan senarai barangan untuk pakej mungkin berlainan ya seperti bagi pakej tak perlu bawa bantal kecil kerana disediakan oleh pihak Pakej   

Senarai Barang Jemaah Haji Perempuan 
  • 3 helai telekung  (tanpa kain). Cu asingkan satu telekung yang untuk ibadat haji semasa di Arafah, Mudzalifah dan Mina,
  • 3 tudung labuh,
  • 3 anak tudung,
  • 3 helai seluar panjang yang ada poket berzip ( senang untuk simpan handphone dan purse kecil),
  • 2 helai baju kamisol yang berzip,
  • 2 helai jubah, (jubah boleh di beli di Madinah / Mekah) 
  • 2 helai baju kurung,
  • 1 helai baju seluar warna putih / jubah putih (digunakan untuk ibadat umrah dan haji),
  • 1 helai baju sejuk,
  • 2 helai baju tidur (kraftan)
  • 5 pasang pakaian dalaman,
  • 1 helai kain dalam,
  • 2 pkt seluar dalam disposable (untuk kegunaan di Arafah dan Mina)
  • 4 pasang sarung tangan,
  • 4 pasang stokin,
  • 2 pasang kasut  (yang sesuai untuk berjalan jauh. Cu beli kasut jenis scholl dan satu lagi kasut yang biasa di jual di kedai barangan umrah/haji),
  • 1 pasang selipar,
  • 2 uncang kasut, 
  • 1 tuala mandi, 1 tuala sederhana,
  • Peralatan mandi (sabun,shampoo,berus gigi dan ubat gigi. Sabun basuh kain boleh dibeli di Mekah atau Madinah), 
  • bantal kecil (kegunaan semasa di Arafah dan Mina),
Senarai Barang Jemaah Haji Lelaki
  • 4 helai kain ihram ( satu pasang yang nipis dan satu pasang yang tebal),
  • 1 pasang jubah
  • 2 pasang baju melayu,
  • 1 pasang seluar panjang
  • 2 pasang T-shirt
  • 2 pasang kain pelikat
  • 1 pasang kain pelikat tak berjahit
  • 2 pasang stokin
  • 5 helai seluar dalam
  • 1 pasang kasut
  • 1 pasang selipar
  • 2 uncang kasut
  • 1 tuala mandi, 1 tuala sederhana
  • Peralatan mandi (sabun,shampoo,berus gigi dan ubat gigi. Sabun basuh kain boleh dibeli di Mekah atau Madinah), 
  • bantal kecil (kegunaan semasa di Arafah dan Mina).   
Barangan lain
  • plastik sampah,
  • uncang untuk isi 7 biji batu untuk melontar di Jamrah( boleh juga guna plastik kecil),
  • tali untuk gantung beg dan tuala di Mina dan untuk ikat beg,
  • tikar ( akan diberi apabila melapor diri di Kompleks Tabung Haji),
  • kole kecil (boleh beli di Mekah),
  • sudu dan garpu,
  • pisau buah,
  • extension plug,
  • charger,
  • lampu picit,
  • gunting kecil,
  • penyepek kuku,
  • facial cotton,
  • pad, 
  • pantiliner, 
  • mask.
Makanan
  • serunding, 
  • sambal ikan bilis kering,
  • sos cili pkt (sumbangan dari ayamas. Di Mekah cuma ada sos tomato aje tapi mungkin sekarang dah ada sos cili),
  • strepsil,
  • gula-gula hack berperisa oren dan blackcurry,
  • maggie kalau perlu.    
Peralatan Ibadat
  • Al-Quran kecil,
  • Tasbih,
  • Sejadah,
  • Buku Doa yang diberi oleh Tabung Haji,
  • Buku Yassin dan Solat Sunat,
  • Doa Hattam Quran,
Ubat-ubatan
  • minyak cap kapak,
  • ubat vic, 
  • multivitamin,
  • vitaman c, 
  • panadol,
  • charcoal,
  • bawa juga ubat keperluan kita sehari-hari terutama yang ada penyakit,  
  • plaster,
  • balsam panas,
  • lotion muka dan badan- nivea atau vaselin (cu gunakan minyak zaitun untuk muka dan badan),

Kebanyakan barangan seperti ubatan dan barangan lain boleh di dapat di kedai di tanah suci tapi harganya agak mahal berbanding di Malaysia.  Makanan seperti serunding hendaklah di bungkus di dalam paket yang kecil supaya senang di simpan di dalam beg.