Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Thursday, March 27, 2014

Menuju ke KLIA

Kami disuruh bersiap sedia untuk menaiki bas ke KLIA. Doa dan azan dibaca sebelum kami turun dari dewan ke tempat bas. Masing-masing mengikut giliran untuk turun bermula dari barisan depan hinggalah barisan yang terakhir. Semua jemaah mengikut arahan petugas Tabung Haji. Alhamduillah semuanya berjalan lancar.

Kami menaiki bas yang ke 12. sempat juga minta petugas Tabung Haji mengambil gambar.



Bas-bas yang telah penuh berisi dengan jemaah keluar dari kompleks dan parking sederet di luar kompleks. Kalau tak silap cu ada 15/16 buah bas membawa jemaah ke KLIA.

Apabila semua jemaah dah naik bas, kami pun bergerak ke klia dengan di 'escort' oleh polis trafik dengan bunyian sirennya. Haha terasa macam VVIP pulak. 

Setiap kereta yang nampak bas melambai-lambai tangan kepada kami. Semoga mereka juga akan dipanggil untuk menunaikan haji.


Kami dibawa sehingga ke dalam terminal. Lihatlah betapa banyaknya bas yang membawa jemaah KT08. Sesuatu perasaan yang tidak dapat ditulis dengan kata-kata. 



Cu sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan ibadat haji cu, suami dan semua jemaah-jemaah. Kemudian kami dibawa ke tempat menunggu untuk berlepas. Di sinilah ada pihak  Imgresen yang akan mencopkan passport semua jemaah.

Kami pun dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat mengikut no tempat duduk peringkat demi peringkat. Kapalterbang yang kami naiki adalah kapalterbang 2 tingkat yang di pajak oleh Tabung Haji. 

Kapalterbang ini mempunyai susunan tempat duduk 3, 6, 3. Kemungkinan suami isteri tak duduk sekali iaitu suami di kerusi depan dan isteri di kerusi belakang. 

Ujian cu bermula di dalam pesawat iaitu kedudukan tempat duduk tapi alhamduillah dapat di selesaikan.Bila difikir balik cu patut beri aje tempat duduk cu pada pasangan tersebut memandangkan isteri nya fobia naik kapalterbang. Bila berbual-bual dengan isterinya, rupanya kami satu bilik di Madinah. Itulah hikmahnya.

Kita boleh tahu siapa rakan sebilik melalui kedudukan dalam pesawat yang telah diaturkan oleh Tabung Haji. Cu puji Tabung Haji cara mereka mengendalikan jemaah haji bermula dari di Kompleks hinggalah di dalam pesawat. 

No comments:

Post a Comment