Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Friday, September 7, 2012

Sehari Sebelum Lapor Diri Di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya

Tarikh cu dan suami melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya adalah pada 2 October 2011 iaitu kena berada di sana pada pukul 8.30 pagi.

Cu telah mengambil cuti haji (yang diberi oleh syarikat) sebanyak 40 hari dan cuti cu sendiri sebanyak 10 hari. Cu mula bercuti iaitu lagi 4 hari  sebelum bertolak ke tanah suci. Dua hari sebelum berangkat cu mendapat pesanan ringkas dari call center Tabung Haji meminta cu dan suami lapor diri pada 7.30 pagi. Ini bermakna cu kena tolak dari rumah dalam pukul 5.30 pagi.

Cu telah pun mengemaskan beg berdasarkan senarai yang diberi dalam buku  tabung haji dan ustaz serta senarai cu sendiri. Cu nasihatkan supaya membuat senarai barang yang hendak dimasukkan di dalam beg besar dan beg 5kg. Nasihat cu siapkan beg awal kerana selalunya sehari sebelum berangkat, ramai saudara-mara dan kawan-kawan akan datang ziarah.

Barangan di dalam beg 5kg seperti berikut:

Lelaki

  • kain pelikat
  • tuala kecil
  • seluar panjang
  • baju melayu / baju kemeja
  • seluar dalam
  • stokin
  • baju sejuk
  • sejadah kecil
  • berus gigi/sikat (jangan letak ubat gigi dalam beg ini)
  • buku doa dan yassin yang diberi oleh  Tabung Haji 

Perempuan

  •  telekung
  •  tuala kecil
  • sepasang stokin
  • sepasang sarung tangan 
  • 1 set pakaian dalam 
  • 1 baju kurung/jubah
  • baju sejuk
  • berus gigi/ sikat (jangan letak ubat gigi dalam beg ini)
  • buku doa dan yassin yang diberi oleh  Tabung Haji 
Nota: Minyak cap capak dan balsam boleh diminta di dalam kapalterbang MAS.  

Cu dan suami telah menulis senarai bil-bil yang perlu dibayar, perbelanjaan dapur, perbelanjaan hospital dan tugas-tugas anak-anak di rumah pada anak-anak. Cu siap tampal senarai tersebut di dinding rumah. Oh ya surat tarikh penerbangan pergi dan balik hendaklah dibuat salinan dan di tampal di tempat yang senang di lihat oleh anak-anak. Cu siap tulis resepi telur bistik dan resepi daging masak merah untuk anak bongsu yang suka memasak. Resepi itu pun di tampal di dinding dapur.

Sehari sebelum berangkat, ramai saudara-mara dan jiran-jiran datang ziarah. Nasihat cu, order makanan pada hari tersebut dan guna pinggan dan cawan plastik untuk jamu tetamu..

Cu dan anak-anak bersolat jemaah maghrib dan isyak. Selepas solat, kami bermaaf-maafan dan berpesan pada anak-anak:
  • supaya sentiasa doakan agar Allah memudahkan ibadat haji cu dan suami serta mendapat haji yang    mabrur    
  • anak-anak berkelakuan baik 
  • anak-anak solat tetap pada waktunya terutama solat subuh
Beg-beg besar dan beg 5kg dah bersedia di depan pintu rumah. Siapkan juga pakaian yang hendak di pakai. Pada beg-beg tersebut lekatkan  nama, alamat rumah , no KT supaya cu dan suami kenal beg sendiri.  



       

No comments:

Post a Comment