Pesanan untuk Jemaah Haji KT08 (1432H/2011M) dan Sahabat Tabung Haji Maktab 94 (1432H/2011M). Cu telah ujudkan satu Facebook untuk mengeratkan lagi siratulrahim. Caranya dengan 'add friend' edachik@gmail.com.
    Terima kasih.


Language

Saturday, May 5, 2012

Penyerahan Passport Antarabangsa/Buku Rekod Rawatan/Gelang

Selepas menghadiri Kursus Intensif, cu dan suami mendapat surat untuk penyerahan passport antarabangsa ke Tabung Haji untuk urusan visa haji. Tarikh penyerahan passport antarabangsa cu adalah pada hari Ahad. sebelah pagi.

Pada masa ini Tetamu Allah akan mendapat Buku Rekod Rawatan dan Tetamu Allah diminta simpan dan membawanya bersama apabila datang melapur diri di Komplek Tabung Haji. Buku Rekod Rawatan ini penting ya.

Tabung Haji juga menyediakan klinik untuk 2 suntikan vaksin:.

  • Influenza 
  • Pneumococcal
Tetamu Allah perlu membayar suntikan ini sebanyak RM 140 untuk kedua-dua suntikan. Suntikan akan di beri di tangan kiri dan tangan kanan oleh Pegawai perubatan. Pegawai Perubatan akan mencatitkan suntikan tersebut di dalam Buku Rekod Rawatan dan di dalam pengkalan data kesihatan. 
  
Suntikan ini boleh di ambil di hospital kerajaan atau hospital swasta dengan pembayaran sendiri. Suntikan ini adalah sebagai suntikan tambahan untuk mengelakan batuk selsema dan jangkitan paru-paru di Tanah Suci.
  

Pada pagi itu ada Ceramah Haji oleh Ustaz Shafawi. Sementara menunggu giliran untuk penyerahan passport, cu dan suami mendengar ceramah tersebut untuk menambahkan lagi ilmu tentang ibadat haji. Terdapat juga gerai jualan barangan haji. Cu membeli jubah seluar berwarna putih khas untuk di pakai apabila mengerjakan umrah dan haji nanti.

Cu juga telah mendapat gelang pengenalan diri yang telah diposkan ke alamat rumah. Gelang ini ada tertulis nama cu dan no kad pengenalan cu. Tetamu Allah hendaklah memakai gelang ini sentiasa apabila berada di Tanah Suci.          

No comments:

Post a Comment